TREND Gambar Kenangan Ibu Hamil Ambil Gambar Bogel


Gambar Kenangan, Ibu Hamil Ambil Gambar Bogel
Gambar Kenangan, Ibu Hamil Ambil Gambar Bogel - Entah apa yang terjadi pada dunia ini. Semakin tua usia dunia semakin aneh-aneh perangai penghuninya. Di Negara Jepun ketika ini sedang trend dengan ibu hamil yang pergi ke studio photo untuk diambil gambarnya dalam keadaan telanjang.
Tapi bukan bererti mereka pergi ke tempat studio photo untuk pengambilan gambar porno, melainkan untuk mengabadikan momen disaat mereka masih mengandung bayi sebelum melahirkan.Trend ini sangat menjadi kegilaan di Jepun, para ibu muda khususnya wanita yang pertama kali mengandung ingin mengabadikan bagaimana bentuk tubuhnya ketika masa kehamilan.
Trend ini dimulai ketika penyanyi pop kenamaan Jepun “Hitomi” yang melancarkan album terbarunya dengan sampul dirinya hamil tanpa mengenakan pakaian. Gambar sampul album tersebut dipasang pada papan billboard yang terletak di lokasi ramai dengan pejalan kaki. Gambar album tersebut mampu menarik perhatian dan dalam satu minggu laku 10,000 keping album cdnya.
Kumiko Yoda, seorang ibu yang baru melahirkan anak pertamanya, mengakui bahawa dirinya juga melakukan pengambilan gambar telanjang. Ini semua ajakan kawannya yang juga pernah ibuat ganbar telanjang ini.
Dia pada mulanya ragu akan hal tersebut, tapi kerana dalam hatinya ingin mengabadikan momen tubuhnya ketika masih hamil, dia ikut serta untuk pemotretan.Pada mulanya dia hanya ingin di foto bahagian perutnya saja, tapi kerana diyakinkan oleh studio photo “Ixchel” dia pun menerima untuk di photo tanpa pakaian.
Ixchel adalah tempat studio photo terkenal di Tokyo yang melayani pemotretan ibu hamil. Natsuko Takada, pemilik Ixchel mengatakan bahawa dalam satu bulan dia menerima 10 ibu hamil yang ingin di foto tanpa pakaian bahkan pernah sampai 70 ibu hamil. Bagi para ibu hamil yang ingin diabadikan fotonya, mereka harus mengeluarkan kos sebanyak 35,000 yen atau $368.2, untuk pemotretan yang dilakukan kurang daripada 2 jam. – paapaada.blogspot

Polis didesak ambil tindakan terhadap keganasan MIC

(Oleh Norutul Ilham)
BRICKFIELDS 23 Julai: Polis didesak supaya mengambil tindakan terhadap dua laporan berkenaan kes pukul Ketua Cabang Puchong, S Murali dan ugutan terhadap Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Port Dickson, M Ravi yang kesal dengan sikap tidak peduli polis menyifatkan pihak berkuasa itu sengaja tidak mahu mengambil tindakan kerana melibatkan sekutu Umno Barisan Nasional (BN).
“Apa yang berlaku pada Murali di Putrajaya yang diserang, tapi tiada tindakan diambil. Sehingga kini tiada tangkapan. Dia dipukul dan dibelasah, dan apa yang berlaku pada Surendran, laporan polis juga dibuat tapi tiada tindakan.

“Saya minta polis siasat dan tangkap tidak kira parti. Jangan tuduh kami buat laporan polis sebab mahukan sokongan orang ramai. Kami sudah ada sokongan, tidak perlu lagi,” kata Manikavasagam pada sidang media di sini hari ini.
Pada 2 Mei lalu, rombongan KEADILAN ke Pejabat Perdana Menteri untuk mendapatkan Mykad pelajar Reshina Bathumanan, 17, diserang samseng MIC yang diketuai Ketua Pemudanya, T  Mohan, menyebabkan Murali dan Gobi Krishnan luka parah.
Surendran pula pada 10 Julai lalu menerima ugutan kiriman pesanan ringkas (SMS) dihantar individu berkait rapat dengan MIC.

Sementara itu, Ravi yang menyifatkan kedua-dua kes berkenaan bukan perkara baru dan mendakwa parti itu dipenuhi samseng yang diupah bagi menjaga pemimpin mereka.
“Saya nampak isu gangster semakin meningkat walaupun polis cakap ia menurun. Polis langsung tak ambil tindakan, polis layan rakyat biasa dengan dwistandard.
“Polis tolong bertindak segera, jalankan tugas dengan adil. Contoh isu Murali yang kena pukul. Kalau ikut undang-undang, kalau kita tampar orang pun kita masuk tiga hari lokap, tapi ini masuk lima hari wad, tapi tetap tiada tindakan daripada polis,” tegasnya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Penerangan Selangor, K Gunasekaran turut menempelak tindakan Timbalan Biro Masyarakat MIC, Datuk Ramanan yang membuat laporan polis menuduh Surendran membuat laporan palsu berhubung ugutan yang diterimanya.
“Bagaimana beliau boleh tuduh Surendran buat fitnah, sedangkan dalam SMS yang diterima beliau tertera perkataan MIC, lepas itu tuduh pula Surendran sengaja mencari publisiti dengan cara pintu belakang.

“Ini kenyataan yang tidak bermoral, mungkin kerana Ramanan baru dalam politik, jadi kita imbas kembali sejarah MIC membuktikan bahawa MIC dipenuhi gangster, ini dapat dibuktikan apabila Muralili dipukul oleh Pemuda MIC,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/